Monday, March 23, 2009

Ibnu Yunus Ilmuwan Astronomi Muslim Pertama

LATAR BELAKANG TOKOH

Ibnu Yunus al-Munajjim seorang Arab Mesir berketurunan Yaman yang. Nama penuh beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman ibn Ahmad ibn Yunus ibn Abdul A’la al-sadafi. Paman beliau, Abdul-A’la ialah seorang ulama’. Begitu juga dengan ayah beliau, Yunus. Ibnu Yunus lahir pada tahun 348 H/358 M dan meninggal pada tahun 399 H/1009M. Tidak ada catatan yang jelas tentang kelahiran asli beliau. Demikian juga dengan masa muda yang telah beliau jalani. Ini kerana beliau tidak begitu dikenali sebelum terjalin hubungan erat antara beliau dengan Kerajaan Fatimiah di Mesir.Hasil dari hubungan tersebut antara beliau dengan Kerajaan Fatimiah, Khalifah al-Aziz {M.386H/995M} telah meminta beliau untuk membina satu pusat kajian astronomi di kota Taherah. Selain ilmu falak, Ibnu Yunus juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang-bidang ilmu yang lain. Malahan beliau juga merupakan seorang yang kreatif dan penyair yang produktif.

HASIL KARYA.

Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang baru yaitu berupa bandul yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk jam dinding. Pada saat itu beliau telah berhasil menemukan Jam Bandul pertama jauh sebelum Galileo

Karyannya yang lain adalah”Kitab al-Mikail” tentang kemiringan matahari. “Kitab at-Ta’dil al-Muhkam” yang menjelaskan tentang gerhana matahari dan bulan. Di samping itu ia juga menulis beberapa uraian mengenai daftar bayang-bayang, daftar pergerakan matahari, ketetapan waktu sholat yang tentu saja semua ini merupakan sumbangan besar bagi ilmu pengetahuan. Dalam buku tersebut, beliau juga memperkatakan tentang teori-teori tentang perjalanan benda langit oleh para ilmuwan yang terdahulu dan sezaman dengan beliau.

Dari observatorium yang terdapat di Bukit Muqattam, Ibnu Yunus berhasil menemukan rubu’ berlubang (Gunners quadrant) yang sering digunakan untuk mengukur gerak bintang. Tetapi lebih dari semua itu, nama Ibnu Yunus umumnya lebih masyhur lewat karya astronominya yang paling terkenal “Az-Zij al-Kabir al- Hakimi” atau “Zij IbnuYunus”, atau yang kini dikenal dengan nama “Hakemite Astronomical Table” yang sayangnya sebagian di antaranya sulit ditemukan. Karya ini mulai ia susun pada tahun 380H/990M. Kemudian disempurnakan lagi di saat-saat menjelang akhir hayatnya. Zij yang terdiri terdiri dari empat jilid ini kemudiannya tersebar ke pelbagai penjuru dunia yang mutunya lebih tinggi dibanding karya Claudius Ptolemeus. Bahkan telah diterbitkan dalam berbagai bahasa.

SUMBANGAN TOKOH

Antara sumbangan yang lain beliau yaitu membuat berbagai-bagai aturan penting dalam menentukan waktu. Penemuan beliau ini telah banyak menjelaskan persoalan-persoalan tentang pergerakan benda langit.

Begitulah kehidupan dan sumbangan Ibnu Yunus yang merupakan salah satu ilmuwan pada zaman kebangkitan Islam dalam bidang astronomi.Ibnu Yunus merupakan seorang Pakar Astronomi yang terkenal saat itu. Hasil karya beliau telah menjadi sumber rujukan utama bagi ahli astronomi saat ini. Beliau telah memberi loncatan besar dalam bidang astronomi untuk lebih maju. Semoga tokoh ini boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang untuk menjadi yang lebik baik dari yang dulu.




No comments:

Post a Comment